Wednesday, January 18, 2012

MAKANAN IBU BERPANTANG....


 ni deraf peram..postkan ajer...tkut lupa...

AWAL LAGI SEBENARNYA KALO NAK CAKAP FASAL NI..TAPI TAKPE BUAT KNOWLEDGE KAN?....

"jangan berpantang SANGAT."

makna nya harus juga jaga makan, tapi jangan lah sampai makan nasi ngan ikan kering je macam orang zaman dulu-dulu kut. nanti tak cukup zat.(i tak mkn)...

apa yang boleh kita  makan sekarang ,ikan selar ,ikan haruan...(tapi saya tk boleh mkn langsung.. ganti dengan pati polleney jea). dan nasi bubur. nasi keras tak boleh masuk lagi. sebab kalau makan perut jadi saket. i makan bubur ng nasi yg lembek panas2 ng ikn panggang la kan..selalunya ikan selar yg segar dari laut...bestnya..nyum2..tapi lelama jemu jugak kan?

1 lagi sayur hanya sawi semata tumis ng bawang putih plus lada itam wooo...kentut puas pastu...tak senonoh kan..kihkihkih..

antara intipati google ialah:

ibu berpantang tidak digalakkan makan ikan masin dan ikan kering. boleh menyebabkan darah nifas jadi busuk dan cepat kering. juga boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. kalau saya kena makan ikan kering hari-hari memang kesihatan mental akan terjejas.

selain daripada itu ibu berpantang juga tidak harus memakan ikan berbisa kerana boleh menyebabkan bentan (sila google bentan itu ape) dan bisa pada pintu rahim. ikan dalam kategori berbisa ni macam ikan pari, ikan parang, bawal hitam, terubuk, sembilang, ikan duri.

ikan yang boleh menyababkan kegatalan juga tidak digalakkan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol. Dan semua jenis seafood.

ikan yang baek untuk orang bersalin, seperti diatas, ikan haruan dan ikan yu. wuh! sape nak makan ikan yu?

untuk sayur dan buah-buahan, mak tak bgi saya makan sebarang jenis buah. kerana semua buah adalah 'sejuk'. kecuali sunkist yg 501 ke 502..ala lupala no sirinya..yg pure..tapi mahai la sikit nk manis pon setara mana sgtla sunkist tu kan...

tapi kita di galakkan makan ulam macam daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut(haha..buruk nama!), daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

orang tua bijak kan. biasanya orang berpantang di galakkan makan halia, kunit, lengkuas dan pelbagai jenis bahan masakan tu, sebenarnya benda-benda ni mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

kalau ikut mak  i  pon ayam boleh je makan. tapi kene bahagian dada. daging pon jangan makan yang lemak-lemak. burung puyuh dan burung merpati sangat baek untuk aliran darah. tapi i tak makan pon...
.

No comments:

Post a Comment